Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Saturday, October 31, 2009

Canon PowerShot A580


Salam,

Sejak akhir2 ni, Fini cepat terasa. Mungkin ada banyak sgt perkara yang berlaku dalam 3 minggu kebelakangan ni. Baju tragedi (haha, ayat frust ni...sedih sgt...moral of the story??? :) Yang keduanya, kes kamera ayahanda yang 'hilang'.

Fini kehilangan kamera tersebut pada 12 Oktober 2009. Lokasinya di Bilik Guru, SKEN. Fini pinjam kamera ayah sbb 10 Oktober tu, ke Kuantan utk Family Day. Kamera yang ayah bg Fini selama ni tu, x berapa ok (bnyk berjasa utk gmbr2 dlm blog ni :)

Nak dijadikan cerita, Fini bw ke sekolah pada Isnin tu sbb nak share ngan KMuna gmbr2 yg kat Kuantan...nak copy n tukar2 gmbr la. Pagi Isnin, waktu perhimpunan rasmi sekolah...GB soh amik gambar utk didokumentasikan sbb BadBoy a.k.a photographer tetap dan berpencen MC. Fini pun volunteer pinjamkan. Lepas perhimpunan, Fini naik ke Bilik Guru dan terus masukkan card ke laptop n copy. Pastu, kamera letak atas meja (kalau bukan dlm laci...tp kat area tempat Fini). Fini terus ke kelas CERIA jam 9.20-10.20 pagi.

Fini mmg dh x ingat kamera tu sehingga dah balik ke rumah. SMS Midah n tanya masih di sekolah ke? Dia pun dah balik. Dalam hati Fini, insyaAllah ada lagi kat sekolah. Keesokkannya, Selasa...Fini tgok2 atas meja, dlm laci, area meja...alamak..mana perginya kamera tu? Fini bertanya2, sume ckp x nampak pun dan ckp mungkin Fini salah letak. Fini diamkan aje.

Sehingga hari Jumaat 16hb, Fini yakin yang Fini tak salah letak...mlm sebelumnya..Fini buat air yasin sbb dlm pada mencari...ada yang bercakap mungkin budak berminat ambil...al-maklumlah BG tu bebas sesiapa keluar dan masuk. Fini minta izin my GB dan kwn2 tlg berikan air yasin pd murid2. Sehingga ke minggu ini...Fini terfikir, takkan sekeras ni hati murid2 kalau tak pulangkan sbb Fini merayu sesiapa yang 'terambil', 'terpinjam' supaya mengembalikannya kepada Fini tanpa pengetahuan Fini/Fini takkan beritahu sesiapa.

Pada Isnin yang ke-3 selepas kejadian..Fini minta tlg seseorang. Ikhtiarkan. Ada petunjuknya. Sehingga Khamis yang lalu, Fini terima 1 lagi cerita yang lebih kurang Fini dalam kawasan yang sama. Fini terus terfikir, tak mungkin murid. Ya Allah, berdosanya syak murid. Selama 3 minggu ke sekolah, hati Fini mmg tak tenang. 2 minggu merajuk tak tido kat umah kt Ltg. Memang seminggu pas hilang tu, ada urusan nak settlekan pasal baju...tapi hati mmg tak suka nk pi Ltg. Tak baiknya Fini ada rasa mcm tu.

Fini bertanya pada empunya yang sama ngan Fini...ceritanya hampir sama. Ya Allah, Fini jadi berdebar...

Fini mohon Allah s.w.t. agar masih rezeki Fini kamera tersebut...Fini bersalah pada Ayah. Fini lambat beritahu Ayah perkara yang sebenar...Fini takut, susah hati, kesian dan sedih sbb Ayah sgt syg barang2 dia. Setiap sesuatu ada sentimental value bagi Ayah.

Fini sedih, dalam pada rasa percaya...dikhianati. Dlm pada mengadu dan bercerita, ada yang perlekeh...dlm pada kita susah hati...org yang kita syg pun ckp yg tak menyenangkan hati. Fini sedih sgt. Fini bg tempoh hampir 3 minggu dan berdiam seolah Fini tak memaksa. Tapi dlm hati ini, Allah sahaja yang tahu. Fini minta agar sesiapa jua yang mengambil, walau dengan apa niat sama ada terdesak atau mempunyai agenda supaya memulangkannya kembali.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Fini tetap akan berikhtiar dan tak dpt nak bercerita lagi dgn sesiapa...bukan x percaya tp tak berkesudahan.

Canon Powershot A580. Walaupun ada yang ckp, "Ala, beli baru je...kamera dah murah sekarang.". Banyak la dia, sesedap hati ckp. Fini dh survey, dh x keluar model ni. 2008 punya model pun dah takde dlm 2009. Semua org senang bercakap. Sendiri mau ingat. Marah sgt ni.....kak Liza ckp Fini ni diam...kalau nak dgr Fini ckp bnyk2 n yang tak baik...sakit nti. Fini diam bukan tak marah/sedih. Fini tau salah Fini sbb Fini cuai. Fini sakit kalau bising, org yg dgr pun nti sakit. Ya Allah, tabahkanlah hati Fini. Sabar ye Fini. Pun kena ingat rezeki tu bukan hak mutlak kita...

2 comments:

miesha said...

salam..fini..
sayangnyer kamera tuu hilang..so sekarang dah jumpa ker or tak jugak? kamera kak imie pun ader rosak..ader orang pinjam bila rosak buat tak tau jer dan senyap jer...sedih betuiii. kamera punya tempat letak bateri patah..huhuu..kamera SLR lak tuuu..
sekarang kat tempat letak bateri kena solotap..tak sempat nak gi kedai nak baiki..entah boleh dibaiki or tidak..
payah kamera mcam nie..kompenan dia platikk..sensitif skit..

~SyaFini Rosli~ said...

Salam Kak Imie,

Tak dpt. Mmg x da rezeki. Moga Allah s.w.t gantikan dengan yang lebih baik. Datang kan kenduri nti? :) Raya haji ni, Chik Li ckp disebabkan Abang + Kak Zaidah nak bjln ke Bentong, kami x jadi ke rumah Mak Long. Tapi kami x beraya sgt, mak susah hati nak kenduri2 ni.